Malaysia

Wanita dikerat mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di Sepanggar

Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dipercayai milik seorang wanita di tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar, pagi Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan wanita itu dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

Penemuan ngeri itu disedari kira-kira jam 7 pagi oleh pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan berkenaan.

Anggota badan mangsa dipercayai dikerat kepada beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah hitam. Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker