Wanita dirogol bergilir-gilir dalam ambulans ketika tidak sedarkan diri

Seorang wanita di India mendakwa menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam ambulans ketika dihantar ke hospital selepas pengsan semasa ujian fizikal pengambilan anggota Home Guard di Bodh Gaya, Bihar.
Mangsa berusia 26 tahun itu rebah ketika sesi pemilihan pada 24 Julai lalu sebelum dibawa ke hospital.
Namun, dia mendakwa diserang secara seksual oleh beberapa lelaki dalam ambulans ketika berada dalam keadaan separuh sedar.
Polis telah menahan dua suspek iaitu pemandu ambulans dan juruteknik perubatan dan sedang menjalankan siasatan bersama Pasukan Siasatan Khas (SIT). Rakaman CCTV mengesahkan laluan ambulans yang digunakan.
Kes ini mencetuskan kemarahan masyarakat dan ahli politik tempatan yang menyifatkan tahap keselamatan di Bihar semakin membimbangkan.




