Uncategorized

Wanita nafi jadi proksi Shamsul Iskandar, sifat tuduhan Albert berniat jahat

Sofia Rini Buyong menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi proksi kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan menyifatkan tuduhan ahli perniagaan Albert Tei sebagai palsu serta berniat jahat.

Beliau juga menolak dakwaan kononnya mempunyai pertemuan atau perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung isu tersebut.

Sofia menegaskan dakwaan Albert adalah satu usaha untuk menjejaskan imej Perdana Menteri dan Shamsul Iskandar.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa wujud urusan wang melibatkan Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula dana berkaitan lesen perlombongan di Sabah.

Sofia kini mendapatkan nasihat guaman dan meminta polis membuka siasatan terhadap Albert mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker