Malaysia

Wartawan FMT mohon maaf atas soalan kontroversi, akui kurang relevan

Wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, pada Khamis memohon maaf secara terbuka berhubung soalan yang dikemukakannya semasa ceramah awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” pada 12 Januari lalu.

Dalam kenyataan, beliau mengakui soalan tersebut dirangka secara tidak wajar, kurang relevan dengan acara dan gagal mengambil kira sensitiviti topik.

Tan turut menyatakan kekesalan kerana menyebut kaum Cina dan Melayu serta merujuk kepada Malaya, yang disifatkan tidak perlu dan mengelirukan.

Beliau menegaskan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kontroversi berkenaan dan memohon maaf kerana tidak memenuhi tahap profesionalisme sebagai seorang wartawan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker