Malaysia

Gas ammonia bocor di Seremban, tiga individu kini di hospital

Tiga individu dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas akibat kebocoran gas ammonia daripada sebuah lori di susur keluar Plaza Tol Seremban menghala ke Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pusat Kawalan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 petang dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Insiden melibatkan sebuah lori Isuzu yang membawa 15 silinder gas ammonia, dengan satu daripadanya didapati bocor.

Tindakan segera diambil bagi menstabilkan keadaan termasuk menutup kebocoran sementara menggunakan bahan penyerap sementara menunggu kontraktor memindahkan silinder gas.

Mangsa terlibat ialah seorang pekerja tol wanita, seorang pengawal keselamatan PLUS dan pemandu lori lelaki, yang semuanya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker