Malaysia

Pelaburan UiTM RM42 juta, bekas pegawai kanan ditahan SPRM

Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan pembayaran perbelanjaan operasi bernilai kira-kira RM42 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan di kediamannya di Lembah Klang kira-kira jam 1 petang semalam. Penahanan itu dipercayai berkait siasatan terhadap kerugian pelaburan yang melibatkan UiTM Holdings Sdn Bhd.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki meluluskan pembayaran kepada beberapa syarikat pada 2017, yang dipercayai mempunyai kaitan atau kepentingan dengannya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, susulan siasatan terhadap beberapa isu kerugian yang dialami UiTM Holdings pada 2023.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan itu hari ini. Beliau berkata suspek dijangka didakwa di mahkamah pada Khamis ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker