Malaysia

4 pelajar terlibat kes rogol duduki SPM November depan seperti biasa

Kementerian Pendidikan membenarkan empat pelajar lelaki disyaki terbabit dalam kes rogol pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 3 November ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat bagi memastikan hak pendidikan calon terbabit tidak dinafikan meskipun mereka sedang berdepan siasatan jenayah.

Urusan undang-undang diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis, manakala kementerian memberi tumpuan terhadap aspek disiplin sekolah serta sokongan emosi dan psikososial.

KPM turut memantau kebajikan pelajar perempuan yang kini dirawat di hospital dan menerima bantuan psikososial daripada pasukan perubatan.

Empat pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun yang juga calon SPM kini direman enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker