7,043 PATI ditahan dalam 50 hari, majoriti warga Indonesia

Seramai 7,043 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam 1,855 operasi yang dijalankan dari 1 Januari hingga 19 Februari lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli memaklumkan sepanjang tempoh itu, seramai 30,177 individu diperiksa.
Daripada jumlah tangkapan, kesalahan paling tinggi ialah berada di Malaysia tanpa pas atau dokumen sah sebanyak 4,804 kes, diikuti tinggal lebih masa (1,250 kes), melanggar syarat pas (806 kes) dan lain-lain kesalahan (183 kes).
Lapan negara mencatatkan tangkapan tertinggi ialah Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China.
JIM menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus diperkasa secara tegas dan berfokus terhadap warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.




