Malaysia
Tawar RM60 tapi minta RM800, ulat teksi KLIA naik Axia ditahan JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seorang pemandu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas disyaki menipu tambang perjalanan seorang warga asing.
Tindakan itu hasil operasi samaran susulan aduan pelancong yang ditawarkan tambang RM60 tetapi dipaksa membayar RM800 sebelum diturunkan.
Kereta Perodua Axia miliknya disita serta-merta dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan lanjut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata operasi itu dilaksanakan selepas arahan segera dikeluarkan berikutan kes penipuan terbabit tular di media sosial.
Beliau menegaskan kementerian tidak akan berkompromi dengan kegiatan ulat teksi yang mencemarkan imej negara di pintu masuk utama itu.




