Malaysia
MyKad, pasport baharu dengan ciri keselamatan lebih baik akan diperkenalkan

MyKad baharu dengan ciri keselamatan dipertingkatkan bakal diperkenalkan bagi mengelakkan pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pengenalan MyKad baharu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dibuat susulan keperluan keselamatan semasa serta perkembangan teknologi.
Ia selepas tempoh penggunaan sistem sedia ada mencapai had dan memerlukan penggantian dokumen keselamatan yang lebih kukuh.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut merancang memperkenalkan pasport baharu dengan ciri keselamatan dipertingkatkan bermula suku kedua tahun ini.
Tujuannya bagi mengekalkan integriti serta kebolehpercayaan pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.




