DuniaHiburan

Shah Rukh Khan kini bergelar ‘billionaire’, sertai 350 golongan mahakaya lain di India

Bintang Bollywood Shah Rukh Khan buat pertama kali tersenarai sebagai bilionair dengan nilai kekayaan mencecah AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion).

Memetik laporan BBC, kekayaan aktor berusia 59 tahun itu sebahagian besarnya datang daripada pegangan dalam syarikat produksi Red Chillies Entertainment dan kelab kriket Knight Rider Sports.

Kekayaannya itu juga hasil daripada pendapatan produksi filem, iklan serta pelaburan hartanah di seluruh dunia.

Shah Rukh kini sebaris dengan selebriti antarabangsa seperti Rihanna, Tiger Woods dan Taylor Swift yang masing-masing turut memiliki nilai kekayaan melebihi bilion dolar.

India tahun ini mencatat lebih 350 individu bergelar bilionair, dengan Mukesh Ambani dan Gautam Adani kekal di kedudukan teratas senarai.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker