Malaysia
Tekanan pada leher punca kematian pelajar tahun empat di Senawang – Polis

Bedah siasat terhadap murid lelaki tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Senawang pada Rabu mengesahkan kematiannya berpunca daripada tekanan pada leher.
Pemeriksaan di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau turut mendapati tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa berusia 10 tahun itu.
Setakat ini, polis telah merakam 27 keterangan dan siasatan menyeluruh masih diteruskan, termasuk mengenal pasti punca tindakan sebelum mangsa ditemui dalam tandas sekolah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan buli.




