Dunia
Netanyahu jumpa pejuang Hamas pada Khamis

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan kerajaan Israel akan bermesyuarat dengan pejuang Hamas pada Khamis.
Ia bagi meluluskan fasa pertama perjanjian dengan Hamas yang dijangka menamatkan perang di Gaza serta membolehkan pembebasan tebusan.
Beliau turut menyifatkan keputusan itu sebagai hari penting buat Israel dan mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) serta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pentadbirannya atas usaha mereka dalam merealisasikan misi pembebasan tebusan tersebut.
Terdahulu, Trump mengesahkan bahawa Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan bagi fasa awal pelan damai Gaza dengan jaminan bahawa semua pihak terlibat akan diberi layanan secara adil.




