Malaysia

Kanak-kanak 13 tahun tidak lagi dibenar guna media sosial, kerajaan wajibkan sistem eKYC

Kerajaan merancang mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan sistem pengesahan identiti (eKYC) bagi memastikan kanak-kanak bawah 13 tahun tidak lagi boleh membuka akaun secara bebas.

Langkah ini dijangka memaksa syarikat seperti TikTok dan Meta menguatkuasakan had umur minimum dengan lebih tegas selepas kerajaan mendapati ramai murid sekolah rendah masih mempunyai akaun media sosial walaupun bertentangan dengan dasar platform.

MCMC bersama beberapa agensi akan bertemu wakil syarikat-syarikat media sosial utama di Singapura minggu depan bagi membincangkan pelaksanaan pengesahan identiti menggunakan dokumen rasmi.

Dalam masa sama, kerajaan turut mendedahkan 78 peratus kandungan penipuan yang dibuang di Malaysia datang dari platform Facebook.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker