Malaysia

Rakyat Malaysia berterima kasih kepada Anwar, kagum dengan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN

Satu muat naik bergambar Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook tanpa kapsyen selain satu noktah mencuri perhatian warganet.

Gambar yang menunjukkan beliau membersihkan cermin mata dalam kenderaan itu meraih lebih 50,000 tanda suka dan sekitar 4,500 komen setakat ini.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan meminta Perdana Menteri berehat selepas jadual tugas padat.

Di samping meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap kepimpinannya yang berjaya mengemudi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta pertemuan dengan puluhan pemimpin dunia.

Mereka menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang bekerja keras dan menjadi kebanggaan rakyat, khususnya selepas kejayaan Malaysia mengurus kepengerusian ASEAN termasuk kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu dan termeterainya Perjanjian Damai KL.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker