Malaysia

AirAsia penuhi keperluan EASA, komited penuhi keperluan keselamatan

AirAsia Aviation Group mengesahkan seluruh armada A320 Family telah berjaya dipulihkan kepada perisian terdahulu susulan Arahan Layak Terbang (AD) Kecemasan yang dikeluarkan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) selepas amaran teknikal daripada Airbus.

Arahan itu diterima sekitar 3 pagi pada 29 November, sekali gus mencetuskan pengaktifan Pelan Kesinambungan Perniagaan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group, Bo Lingam, memaklumkan bahawa tindakan pematuhan dilaksanakan serta-merta dengan keseluruhan proses diselesaikan dalam masa 24 jam.

AirAsia menasihatkan penumpang menyemak status penerbangan melalui aplikasi AirAsia MOVE atau laman rasmi syarikat.

Sebelum ini, Airbus mewajibkan naik taraf perisian bagi pesawat A320 dan A321 selepas insiden JetBlue pada 30 Oktober yang melibatkan masalah kawalan penerbangan sehingga menyebabkan pesawat menjunam sebelum dilencongkan ke Tampa, Florida.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker