Malaysia

100 bas pelancongan mungkin gulung tikar ketika TMM2026 akibat konflik Asia Barat

Kerajaan digesa mempertimbangkan subsidi diesel kepada syarikat bas pelancongan susulan kenaikan kos bahan api akibat konflik Asia Barat.

Naib Presiden Penyelidikan dan Teknologi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Hizzat Mohd Shah berkata, harga diesel yang tidak menentu memberi tekanan besar kepada pengusaha.

Malah kira-kira 100 syarikat bas dilapor mempertimbang untuk menghentikan operasi kerana tidak lagi mampu menanggung kos.

Beliau menjelaskan kebanyakan pengusaha bergantung sepenuhnya kepada diesel, menyebabkan kenaikan harga memberi kesan langsung kepada operasi harian.

Sehubungan itu, MATTA berharap kerajaan khususnya Kementrian Kewangan dapat menyalurkan subsidi bagi membantu industri terus bertahan dan memastikan kelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker