Malaysia
PM India, Narendra Modi mulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia

Perdana Menteri India, Narendra Modi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.
Beliau berlepas dari New Delhi dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang Sabtu sebelum disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Modi ke Malaysia sejak 2015.
Kedua-dua pemimpin dijadual menilai hubungan dua hala Malaysia–India dan meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, buruh, pelancongan, pertanian dan pendidikan, selain membincangkan isu serantau serta antarabangsa.
Pada 2025, nilai perdagangan Malaysia–India mencecah RM79.49 bilion.




