Malaysia

Melaka guna alat pengesan logam di sekolah, sekat pelajar bawa telefon pintar dan objek berbahaya

Melaka menggunakan alat pengesan logam bagi memastikan pelajar sekolah menengah tidak membawa telefon pintar atau objek berbahaya ke premis sekolah.

Daripada 80 sekolah menengah, lebih separuh atau 43 buah telah melaksanakan sistem ini semasa pelajar memasuki kawasan sekolah, manakala baki 37 sekolah dijangka akan mengikut jejak langkah sama.

Langkah ini dilihat penting untuk mengawal pengaruh telefon pintar dalam kes buli dan salah laku seksual, serta meningkatkan keselamatan murid dan warga sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka terus menekankan pemantauan bersepadu dan kerjasama dengan masyarakat bagi menangani isu keselamatan di dalam dan sekitar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, menegaskan penggunaan alat pengesan logam sebagai sebahagian daripada pendekatan pencegahan yang lebih luas untuk melindungi pelajar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker