Malaysia

Yusuf Azmi ditumbangkan Yunus Martin dalam WWC

Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi, tewas kepada petinju Indonesia, Yunus Martin, dalam pertarungan kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena, Nilai pada Ahad malam.

Yusuf, 35, memulakan aksi garang tetapi mula keletihan pada pusingan kedua, membolehkan Yunus, 30, menguasai gelanggang dengan asakan bertali arus.

Dalam pusingan ketiga, tekanan berterusan dan kecergasan Yunus memaksa pasukan Yusuf melempar tuala putih, menamatkan pertarungan 22 saat sebelum tamat pusingan dan menyerahkan kemenangan TKO pertama Yunus di Malaysia.

Kejohanan WWC sebelum ini kontroversi kerana gimik pemasaran dan isu kelulusan, namun seminggu sebelum acara, Kementerian Belia dan Sukan serta Pesuruhjaya Sukan membenarkan pertarungan diteruskan.

Ia pada masa sama berjaya menarik jumlah tontonan cukup baik daripada peminat sukan tempur dari dalam dan luar negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker