Malaysia

Gelombang kedua Monsun Timur Laut, warga Perak diminta bersedia

Warga Perak diingatkan supaya berwaspada susulan gelombang kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga Mac.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan arahan pihak berkuasa perlu dipatuhi kerana perubahan cuaca tidak menentu boleh menyebabkan kawasan selamat turut berisiko.

Gelombang kedua banjir dijangka berlaku dalam dua minggu, dengan Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak antara negeri yang berpotensi terjejas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata Pusat Kawalan Bencana Negeri Perak yang diaktifkan sejak November akan terus menyelaras operasi.

Negeri itu kini bersedia dengan 5,676 anggota keselamatan, ratusan kenderaan termasuk pacuan empat roda, ambulans, bot penyelamat serta ribuan peralatan dan khemah untuk pusat pemindahan sementara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker