Malaysia

Semakan pengambilan PLKN 3.0 Siri 1 2026 dibuka 

Semakan pemilihan pelatih bagi PLKN 3.0 Siri 1 2026 kini boleh dibuat melalui sistem ePLKN 3.0.

Individu yang terpilih perlu mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya 25 Disember bagi melancarkan proses pendaftaran.

Pengumuman untuk siri latihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat, dan bakal pelatih diminta mengikuti makluman rasmi JLKN dari semasa ke semasa.

Kegagalan melapor diri tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Latihan Khidmat Negara.

PLKN 3.0 Siri 1 2026 akan diadakan dari 17 Januari hingga 3 Mac di dua kem Askar Wataniah: Rejimen 515 (AW) Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW) Pekan, Pahang. Empat siri latihan dijadualkan sepanjang tahun 2026.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker