Gagal bergerak secara automatik, operasi LRT Shah Alam ditangguh lagi

LRT Laluan Shah Alam sekali lagi ditangguhkan selepas Prasarana mengesahkan sistem itu belum bersedia untuk beroperasi tahun ini.
Keputusan dibuat selepas lebih dua bulan ujian Fault-Free Running (FFR) dilakukan sejak 26 Ogos, namun 11 percubaan ujian masih gagal mencapai standard keselamatan dan operasi.
Sebanyak 33 isu teknikal dikenal pasti, termasuk ralat perisian, gangguan sistem dan kegagalan automasi tren.
Antara masalah utama ialah tren tidak dapat bergerak ke stesen secara automatik, tidak berhenti tepat di platform sehingga pintu tidak dapat berfungsi, serta kelajuan tren tidak menepati tetapan sistem.
Prasarana menegaskan semua isu ini perlu diselesaikan oleh kontraktor isyarat, pembekal tren dan SULRT3 sebelum laluan itu boleh memasuki fasa operasi percubaan.




