DuniaSukan

Maghribi kini di tangga ke-8 dunia FIFA meskipun terpaksa kalah dengan Senegal

Maghribi mencatat ranking tertinggi dalam sejarah bola sepak mereka apabila naik ke tangga kelapan dunia FIFA, walaupun tewas 0-1 kepada Senegal selepas masa tambahan dalam final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Rabat.

Kekalahan itu tidak menghalang Maghribi melonjak tiga anak tangga, mengatasi rekod terbaik sebelum ini di tempat ke-10 pada 1998.

Senegal, juara AFCON untuk kali kedua dalam tiga edisi, melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-12, ranking terbaik pernah dicapai negara itu.

Keputusan AFCON turut menyaksikan perubahan besar pasukan Afrika, dengan Nigeria naik ke tangga ke-26 dan Cameroon ke ke-45, masing-masing melonjak 12 anak tangga, manakala Mesir meningkat ke tempat ke-31.

Di peringkat global, Sepanyol kekal di puncak ranking dunia, diikuti Argentina, Perancis, England, Brazil, Portugal dan Belanda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker