Malaysia

Anugerah Hari Pekerja 2026 tawar 14 kategori, hadiah RM10,000 khas untuk organisasi dan pekerja

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) membuka pencalonan Anugerah Hari Pekerja 2026 bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa bagi mengiktiraf kecemerlangan pekerja, majikan dan kesatuan sekerja yang menyumbang kepada kemajuan negara.

Sebanyak 14 kategori dipertandingkan meliputi sektor awam dan swasta, daripada peringkat pengurusan hingga pelaksana termasuk kategori khas OKU, selain pengiktirafan kepada syarikat besar, GLC serta perusahaan kecil dana sederhana (PKS).

Setiap pemenang individu dan organisasi berpeluang menerima RM10,000 serta sijil penghargaan.

Majlis kemuncak dijadualkan pada 1 Mei 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan pencalonan telah dibuka secara dalam talian dan ditutup pada 20 Mac 2026.

Bagi organisasi atau individu yang ingin menghantar pencalonan, borang penyertaan boleh didapati secara dalam talian melalui laman web rasmi di www.ahp2026.com.my.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker