Dunia

Pelancong ‘beraksi’ jam 4 pagi tepi pantai ditahan polis

Sepasang pelancong asing ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh di sebuah pantai di Pattaya, Thailand.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.19 pagi sebelum menemui pasangan berkenaan di lokasi.

Video yang tular di Facebook menunjukkan mereka melakukan hubungan intim di atas pasir pantai sebelum dikejutkan dengan kehadiran polis.

Siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu warga Britain, manakala wanita berusia 61 tahun berasal dari Singapura.

Lelaki tersebut berada di bawah pengaruh alkohol ketika disoal siasat, manakala wanita itu mendakwa tidak mengetahui perbuatannya melanggar undang-undang tempatan.

Penduduk setempat bagaimanapun percaya wanita berkenaan merupakan gelandangan dan mempunyai masalah mental. Kedua-duanya dikenakan denda sehingga 5,000 baht.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker