Malaysia

Dapur penuh lipas, premis makanan di Sungai Choh diarah tutup

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengarahkan sebuah premis makanan di Sari Alamanda, Sungai Choh, ditutup pada 19 Oktober selepas pemeriksaan mendapati dapur dipenuhi lipas dan tahap kebersihan tidak memuaskan.

Pemeriksaan turut menemukan peralatan memasak kotor, lantai bertakung air dan sisa makanan, serta penyimpanan bahan makanan yang tidak teratur.

Susulan itu, MPHS mengeluarkan lapan notis kompaun atas pelbagai kesalahan kebersihan dan keselamatan makanan.

Pemilik premis diarahkan menjalankan kerja pembersihan serta penambahbaikan dalam tempoh 14 hari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker