Malaysia
Berita baik! Bantuan SARA RM100 mula dikredit Isnin ini

Bantuan sekali beri RM100 di bawah Program SARA Untuk Semua akan mula dikreditkan ke MyKad rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bermula Isnin.
Tiada permohonan diperlukan kerana bantuan disalurkan secara automatik dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan bagi program ini yang bertujuan membantu rakyat menampung kos sara hidup melalui kaedah tanpa tunai. Semakan kelayakan boleh dibuat di portal rasmi sara.gov.my.
Setakat awal Februari, rangkaian rakan niaga SARA meningkat kepada 10,700 kedai di seluruh negara, termasuk 3,000 peniaga kecil.




