Malaysia

Pakar beri amaran peningkatan kes tibi menjelang musim perayaan

Malaysia dijangka berdepan peningkatan risiko penularan tuberkulosis (tibi) sepanjang Tahun Baharu Cina hingga Aidilfitri susulan pertambahan aktiviti sosial di ruang tertutup dan sesak.

Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre, Azrul Mohd Khalib berkata, tibi merebak melalui udara dan risiko jangkitan meningkat dalam rumah terbuka, pengangkutan awam, tempat kerja serta rumah ibadat, terutama apabila individu dengan tibi aktif bercakap, batuk atau bersin.

Kajian di kawasan berisiko tinggi menunjukkan lebih 80 peratus jangkitan berlaku di luar isi rumah.

Solat berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan turut berpotensi meningkatkan risiko jika langkah pencegahan tidak diambil.

Golongan warga emas dan individu berpenyakit kronik disaran lebih berwaspada serta segera mendapatkan pemeriksaan jika mengalami batuk berpanjangan, batuk berdarah atau penurunan berat badan mendadak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker