Dunia

‘The Line’ jadi hab pusat data AI, hasrat bina bangunan terpanjang dunia tak menjadi

Projek mega Arab Saudi, Neom yang digerakkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, dijangka dikecilkan dengan struktur utamanya, The Line, berpotensi ditukar menjadi hab pusat data kecerdasan buatan (AI).

The Line sebelum ini dirancang sebagai bandar futuristik sepanjang 170 kilometer merentasi padang pasir, dibina dalam dua bangunan pencakar langit selari melebihi ketinggian Empire State Building.

Namun kelewatan, peningkatan kos dan tekanan kewangan akibat harga minyak yang rendah serta komitmen projek besar lain seperti Expo 2030 dan Piala Dunia 2034 menimbulkan persoalan terhadap kelangsungannya.

Sasaran awal untuk membina 16 kilometer menjelang 2030 telah dikurangkan kepada 2.4 kilometer sahaja, dengan sebahagian kecil dijangka siap menjelang 2034.

Selain isu kewangan, pakar turut memberi amaran projek bernilai AS$500 bilion itu boleh memberi kesan kepada alam sekitar dan sistem cuaca tempatan jika tidak dikaji secara menyeluruh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker