Malaysia

Lelaki maut dilanggar lori sendiri selepas buka puasa

Seorang pemandu lori, Mohd Rizwan Osman, 37, maut selepas dilanggar lori miliknya sendiri yang diparkir di hadapan rumah di Jalan Delima, Felda Bukit Besar, Kota Tinggi, awal malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata kejadian jam 7.45 malam itu berlaku apabila lori jenis Nissan Rigid Dumper/Tipper berkenaan bergerak sendiri dipercayai kerana brek tangan tidak ditarik.

Mangsa cuba menahan kenderaan tersebut namun dilanggar hingga mengalami kecederaan dalaman parah dan meninggal dunia di lokasi.

Mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker