Malaysia

Kerajaan beri jaminan harga RON95 kekal ketika konflik di Asia Barat

Kerajaan memberi jaminan harga RON95 kekal pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak mentah Brent meningkat susulan ketegangan di Asia Barat.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan tidak bercadang membuat perubahan dasar secara drastik dan akan mengekalkan pendekatan sedia ada.

Ia selaras dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa harga RON95 tidak terjejas oleh turun naik pasaran global.

Menurutnya, kementerian terus memantau pergerakan harga minyak mentah, manakala Kementerian Kewangan meneliti implikasi terhadap subsidi dan kedudukan fiskal negara.

Harga minyak dunia sebelum ini dilaporkan melonjak hampir tujuh peratus susulan peningkatan konflik antara Iran dan Israel yang menjejaskan penghantaran dari rantau pengeluar utama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker