Dunia
Jasad Ali Khamenei dikebumikan di Mashhad, upacara besar di Tehran

Bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang maut dalam serangan udara Israel, akan dikebumikan di Mashhad, kota asalnya, menurut agensi berita Fars.
Beliau berusia 86 tahun dan memimpin Iran selama 36 tahun sebelum terbunuh dalam siri serangan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu lalu.
Satu upacara penghormatan besar akan diadakan di Tehran sebelum pengebumian, namun tarikh belum diumumkan.
Selepas kematiannya, kuasa diserahkan kepada majlis sementara terdiri daripada Presiden, Ketua Kehakiman dan seorang anggota Majlis Penjaga sehingga Majlis Pakar melantik pengganti baharu.




