Malaysia
RUU hadkan tempoh jawatan PM dibentang semula Jun depan

Jemaah Menteri bersetuju untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen Jun depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan akan berusaha memastikan semua Ahli Parlimen menyokong pindaan tersebut.
Sebelum ini, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 gagal diluluskan di Dewan Rakyat selepas hanya memperoleh 146 undi menyokong, kurang dua undi daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan.
Seramai 32 Ahli Parlimen tidak hadir manakala 44 berkecuali.



