Malaysia

Isu patung dewa halang tangga di Puchong, pemilik pindahkan ke lokasi lebih sesuai

Isu tular melibatkan sebuah patung dewa yang diletakkan di laluan tangga sebuah apartmen di Desa Tanjong, Puchong akhirnya diselesaikan selepas pemiliknya bersetuju memindahkan struktur tersebut.

Kontroversi itu tercetus apabila gambar dan video di media sosial menunjukkan patung dewa Hindu ditempatkan di sisi tangga di atas simen.

Perdebatan itu menjadi panas kerana ia menghalang laluan kecemasan sekiranya berlaku insiden, lebih-lebih lagi bangunan tersebut tidak mempunyai lif.

Susulan itu, satu pemeriksaan bersama dilakukan oleh Jawatankuasa Majlis Tempatan Malaysia Hindu Sangam Puchong bersama seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kinrara.

Hasil perbincangan, pemilik mini kuil tersebut akur untuk memindahkan patung dewa Karuppasamy berkenaan buat sementara waktu sebelum dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker