Dunia

Dari 2,000 kapal, Malaysia antara terlepas bayar tol RM8 juta di Selat Hormuz

Malaysia antara negara yang terlepas daripada bayaran tol mencecah RM8 juta bagi setiap kapal di Selat Hormuz, walaupun laluan itu kini dikawal ketat Iran susulan konflik serantau.

Ketika ini, lebih 2,000 kapal dagang termasuk ratusan kapal tangki minyak dan gas terkandas di Teluk Arab, dengan pergerakan merosot drastik berbanding kebiasaan.

Hanya segelintir kapal dibenarkan melalui laluan khas dan dikenakan caj tinggi, namun Iran memberi pengecualian kepada negara sahabat termasuk Malaysia.

Beberapa kapal milik syarikat tempatan masih menunggu kelulusan untuk melalui selat berkenaan, dengan risiko kelewatan berikutan kesesakan kapal yang tinggi.

Situasi ini turut menjejaskan eksport tenaga global apabila penghantaran minyak dan gas dari negara utama seperti Arab Saudi dan Qatar hampir terhenti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker