Malaysia

Bertahun-tahun makan biskut Hup Seng, lelaki dikecam selepas dakwa ia tidak halal

Seorang lelaki mendakwa produk biskut jenama Hup Seng tidak lagi halal, sebelum hantaran tersebut menjadi tular dan mencetuskan panik dalam kalangan pengguna.

Isu ini bermula selepas laporan mengenai penarikan sijil halal terhadap dua syarikat makanan di Melaka, iaitu Heng Loong Coffee Sdn Bhd dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn Bhd.

Ia selepas kedua-dua syarikat didapati melanggar piawaian halal, termasuk penggunaan bahan yang mencurigakan seperti berus daripada bulu babi dalam proses pembersihan.

Lelaki itu dipercayai tersalah anggap bahawa jenama Hup Seng yang biasa di pasaran turut terlibat, lalu memuat naik hantaran mendakwa produk tersebut tidak halal.

Hakikatnya, produk biskut Hup Seng yang biasa dibeli pengguna adalah keluaran Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Tian Hup Seng Biscuit Factory di Melaka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker