Malaysia

Simpan video porno kanak-kanak, lelaki dipenjara 6 bulan

Seorang duda anak dua dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah memiliki video pornografi kanak-kanak.

Tertuduh, Idham Rhusla Mohamad Shahuri, 42, membuat pengakuan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Dia didapati menyimpan satu video berunsur tersebut dalam telefon Oppo A35 miliknya di rumah di Kampung Sadang, Belanja Kiri, Parit pada Isnin lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Serbuan polis menemui video dimuat turun dari Telegram untuk kegunaan sendiri, selain bahan lucah lain yang tidak melibatkan kanak-kanak.

Tertuduh yang bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan menanggung dua anak dan bapa berusia 77 tahun. Selepas prosiding ini, dia akan didakwa di Mahkamah Majistret Parit bagi pertuduhan berkaitan lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker