Malaysia

Anwar puji prestasi penjawat awam depani cabaran ekonomi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi penjawat awam negara kekal baik dan membanggakan walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau berkata jentera kerajaan terus komited bekerja keras setiap hari, termasuk menyelesaikan tugasan lebih cepat daripada jangkaan dalam usaha menangani isu seperti kenaikan kos bahan api dan baja.

Anwar turut merakamkan penghargaan khusus kepada warga Kementerian Pengangkutan atas sumbangan memastikan perkhidmatan kepada rakyat berjalan lancar.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kerajaan akan terus proaktif merangka dasar, dengan mesyuarat berterusan di peringkat Kabinet dan kementerian bagi mempercepatkan penyelesaian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker