Malaysia

SUKMA Selangor 2026 diteruskan ketika krisis harga minyak – Taufiq

Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 akan tetap diteruskan mengikut jadual pada 15 hingga 24 Ogos, walaupun berdepan cabaran ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan pembangunan atlet tidak terjejas, selain mengelakkan kerugian lebih besar memandangkan persiapan sudah melibatkan kos tinggi oleh Selangor dan negeri terlibat.

Penganjuran kali ini akan dibuat dalam skala lebih kecil dengan kawalan perbelanjaan lebih ketat, namun jumlah acara dan kualiti pertandingan dikekalkan.

SUKMA 2026 juga penting sebagai persediaan awal atlet dan petugas menjelang Sukan SEA 2027.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker