Malaysia

Remaja 19 tahun maut dijerut kabel pengecas, ditikam bertubi-tubi oleh bekas kekasih

Seorang remaja berusia 19 tahun maut dalam kejadian tragis selepas dipercayai termakan pujukan bekas teman lelakinya untuk bertemu semula.

Dalam kejadian yang berlaku di Tarsus, Turkiye itu, mangsa dilaporkan dijerut menggunakan kabel pengecas telefon sebelum suspek bertindak menikamnya bertubi-tubi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik kejadian.

Difahamkan, suspek merupakan bekas kekasih mangsa dan kejadian berlaku selepas pertemuan semula antara mereka yang dipercayai berpunca daripada pujukan suspek.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker