Malaysia

Guru rempuh pelajar depan surau ke mahkamah bagi permohonan reman

Guru wanita yang dipercayai merempuh dua pelajar dalam kawasan sebuah sekolah di Kota Bharu direman hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 57 tahun dikeluarkan di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini selepas dia dipercayai hilang kawalan kenderaan dan merempuh dua pelajar berhampiran surau sekolah dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari semalam, mengakibatkan seorang pelajar perempuan maut manakala seorang lagi cedera.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker