Dunia

NASA rancang Artemis III selepas kejayaan terbang mengelilingi bulan

NASA kini bersedia untuk meneruskan program Artemis selepas kejayaan misi Artemis II yang membawa angkasawan mengelilingi bulan dan kembali ke bumi dengan selamat.

Dalam Artemis II, angkasawan menghabiskan hampir 10 hari di angkasa dan berjaya menguji sistem komunikasi, navigasi serta keselamatan pada jarak paling jauh manusia pernah pergi sejak era Apollo.

Fokus kini beralih kepada Artemis III, untuk menguji keselamatan penuh sistem kapal angkasa Orion, roket SLS, serta teknologi dok dengan kenderaan pendaratan Bulan.

Semua ini perlu diuji dalam keadaan sebenar sebelum manusia benar-benar mendarat di permukaan Bulan semula selepas lebih 50 tahun.

Jika semua berjalan lancar, Artemis III akan membuka jalan kepada misi seterusnya yang mensasarkan pendaratan di kawasan kutub selatan bulan, sebagai sebahagian rancangan jangka panjang NASA untuk kembali pergi di bulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker