Dunia

Ramai pemandu mabuk, 95 maut hari pertama Songkran di Thailand

Seramai 95 orang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya sepanjang tiga hari pertama sambutan perayaan Songkran di Thailand.

Dalam tempoh sama, sebanyak 515 kemalangan dan 486 kecederaan direkodkan di seluruh negara, menunjukkan situasi masih membimbangkan walaupun kempen keselamatan sedang dijalankan.

Punca utama kemalangan dikenal pasti berpunca daripada kelajuan tinggi dan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Setakat ini, Bangkok mencatat jumlah kematian tertinggi, manakala beberapa wilayah lain merekodkan angka kemalangan dan kecederaan yang tinggi.

Pihak berkuasa kini memperketat penguatkuasaan undang-undang termasuk kawalan penjualan alkohol dan operasi sekatan jalan raya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker