Dunia

Trump padam imej mirip dirinya sebagai Nabi Isa selepas dikecam teruk

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memadam satu imej janaan AI di media sosial yang menggambarkan dirinya menyerupai Nabi Isa selepas menerima bantahan pemimpin agama.

Imej yang dimuat naik di platform Truth Social itu menunjukkan beliau berpakaian jubah, menyentuh seorang lelaki seolah-olah menyembuhkan, dengan latar bendera Amerika dan individu lain memandang penuh hormat.

Hantaran tersebut mencetuskan kritikan termasuk daripada tokoh Kristian konservatif yang menyifatkannya sebagai penghinaan agama.

Trump bagaimanapun menafikan niat itu, sebaliknya mendakwa imej berkenaan menggambarkan dirinya sebagai seorang doktor yang membantu menyembuhkan orang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker