Dunia
Trump arah tentera laut AS tembak mana-mana bot Iran letak periuk api di Selat Hormuz

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 23 April mengarahkan Tentera Laut AS supaya “menembak dan membunuh” mana-mana bot yang dikesan meletakkan periuk api di perairan Selat Hormuz.
Trump berkata tiada sebarang keraguan perlu diberikan terhadap mana-mana bot kecil Iran yang cuba menghalang laluan kapal dagang.
Beliau turut memaklumkan operasi kapal penyapu periuk api AS sedang dijalankan dan diarahkan untuk dipertingkatkan sehingga tiga kali ganda.




