Malaysia

Lelaki ganggu dua wanita di Klebang tular, polis minta mangsa tampil buat laporan

Seorang lelaki dipercayai mengganggu dua wanita di hadapan sebuah premis di Taman Klebang Utama, Klebang, Melaka, mencetuskan kecaman ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak 22 April lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, pihak polis telah mengesan video tular berkenaan.

Sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mangsa yang terlibat.

Sehubungan itu, polis menasihatkan kedua-dua wanita terbabit supaya segera tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker