Malaysia
‘Kantoi’ onani depan wanita, lelaki 55 tahun ditahan polis

Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual dengan berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, mangsa berusia 25 tahun menyedari kejadian selepas terdengar bunyi mencurigakan sebelum mendapati suspek sedang melakukan perbuatan tersebut sambil memandang ke arahnya.
Mangsa sempat merakam kejadian sebelum suspek melarikan diri.
Polis berjaya menahan lelaki itu selepas laporan dibuat pada jam 5.57 petang.




