Malaysia
Warga emas ditahan pandu lawan arus di lebuhraya DASH

Seorang wanita berusia lingkungan 80-an ditahan polis selepas dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Damansara Shah Alam Elevated Expressway (DASH).
Menurut ACP Shamsudin Mamat, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam di KM10.8 DASH selepas wanita itu dipercayai tersesat ketika pulang ke rumah.
Difahamkan, suspek memandu melawan arus bagi mencari jalan keluar dari lebuhraya tersebut. Tiada kemalangan dilaporkan melibatkan kenderaan suspek atau pengguna jalan raya lain.




