Malaysia

Bayi 7 bulan maut ketika dalam jagaan pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan seorang pengasuh wanita di Bandar Sri Sendayan, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Azahar Abdul Rahim, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 malam selepas ibu mangsa dimaklumkan oleh pengasuh bahawa bayinya tidak sedarkan diri.

Beliau berkata doktor di HTJ sempat melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun bayi tersebut disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamat gagal.

Mayat bayi dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Polis turut menahan pengasuh terbabit bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker